WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

GADIS 19 TAHUN MASIH SUKA SUSU BOTOL

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang gadis membancuh susu sebelum memasukkan air itu dan meminumnya dalam botol susu


Back To Whats Hot

Jakarta: Usianya sudah menjangkau 19 tahun, namun gadis di Sulawesi Selatan, Indonesia ini masih menghisap botol susu.

Menerusi video yang tular di TikTok, seorang gadis membancuh susu sebelum memasukkan air itu dan meminumnya dalam botol susu.

Sehingga kini, video yang dimuat naik menerusi akaun @cntikannd berkenaan meraih lebih 2.5 juta tontonan.

Menceritakan kisah di sebalik video itu, pemilik akaun bernama Cantika Ananda itu berkata, gadis dalam rakaman video berkenaan ialah rakan kuliahnya di Makassar, Siti Nurul Izza Widia Rahma atau mesra dipanggil Widia.

Katanya, rakannya itu mempunyai tabiat minum menggunakan botol susu dari kecil sehingga kini usianya 19 tahun.

"Ketika masuk sekolah menengah dia pernah memberhentikan tabiatnya itu selepas dilarang ibunya.

"Namun, diam-diam dia masih meneruskan tabiatnya itu tanpa pengetahuan ibu serta keluarganya sampai sekarang.

"Dia juga kerap datang ke asrama saya untuk meneruskan tabiatnya itu," katanya kepada Tribunnews.

Menurutnya, dia pernah bertanya alasan rakannya itu minum susu menggunakan botol yang lazimnya untuk kanak-kanak dan bayi itu.

"Widia memberitahu saya rasa minum dalam botol susu lebih sedap dan macam ketagih hingga membuatkannya sukar menghentikan tabiat itu.

"Selepas video itu tular, Widia menelefon ibunya, nasib baik ibunya tidak marah," katanya.

Cantika berkata, kali pertama dalam hidupnya mempunyai rakan dengan tabiat yang unik.

"Mula-mula dulu saya rasa pelik sehingga akhirnya hobi Widia itu saya anggap lucu dan unik," katanya.

Sumber: Harian Metro
Foto Agensi