WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

01.00pm - 04.00pm

KEPUTUSAN UNTUK SARAWAK BERALIH KE FASA ENDEMIK BERGANTUNG KEPADA MKN

Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melonggarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin COVID1-19 datang ke Sarawak


Back To Whats Hot

KUCHING: Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melonggarkan mereka yang telah lengkap dua dos vaksin COVID1-19 datang ke Sarawak daripada kuarantin merupakan persediaan negeri ini ke arah fasa endemik.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bagaimanapun keputusan untuk beralih kepada fasa endemik masih bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"JPBNS telah memutusakan kelonggaran mereka yang lengkap dua dos vaksin datang ke Sarawak tanpa perlu kuarantin dan langkah ini diambil jawatankuasa sebagai persediaan kepada fasa baharu iaitu endemik.

"Namun saya percaya keputusan ini masih lagi bergantung kepada MKN sama ada endemik boleh diisytihar..kerana ia perlu melihat secara keseluruhan negara.

"Ini termasuk pergerakan antara negeri yang perlu dipantau serta perlu sudah lengkap divaksinasi," katanya pada sidang media pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majma di sini, hari ini.

Menurutnya bagaimanapun bagi individu yang datang dari luar negara, mereka masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

Mengenai kes baharu COVID-19 yang mencatatkan sehingga 3,000 sehari sejak beberapa hari ini, Abang Johari menjelaskan bahawa ia adalah termasuk kes tunggakan.

Jelas beliau, kes di negeri ini meningkat memandangkan pada bulan lepas banyak ujian calitan COVID-19 telah dilakukan dai ia menyebabkan kes baharu direkodkan.

"Bagaimanaoun kebanyakan kes adalah kategori satu dan kategori 2.

"Jika kita lihat pada maklumat di COVIDNOW, bahawa penggunaan kemudahan hospital kita masih rendah dan ia menandakan kita beralih ke fasa endemik," katanya.

Hadir sama lawatan Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan juga penasihat JPBNS, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jessica Jawing
Gambar ihsan Jabatan Penerangan