WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

12 MAUT BANJIR BURUK TENGGELAMI 'SUBWAY' CHINA

Seramai 12 mangsa terkorban selepas banjir menenggelami laluan kereta api bawah tanah (subway) di bandar Zhengzhou yang terletak di tengah China


Back To Whats Hot

BEIJING: Seramai 12 mangsa terkorban selepas banjir menenggelami laluan kereta api bawah tanah (subway) di bandar Zhengzhou yang terletak di tengah China, menurut pihak berkuasa, hari ini.

Malah, gambar memaparkan penumpang bergelut menyelamatkan diri daripada ancaman air mencecah paras dada di dalam sebuah gerabak kereta api, turut tular melalui media sosial.

Orang ramai mengharungi banjir susulan hujan lebat di bandar Zhengzhou. - FOTO AFP
Orang ramai mengharungi banjir susulan hujan lebat di bandar Zhengzhou. - FOTO AFP

 

Pasukan tentera sedang mengetuai usaha menyelamat di bandar dengan lebih 10 juta penduduk di wilayah Henan itu yang dilanda hujan lebat sehingga air menenggelami jalanan dan laluan kereta api bawah tanah.

Menurut pegawai Zhengzhou, bandar itu dibadai curahan berterusan hujan lebat bersama ribut yang jarang berlaku.

"Ia menyebabkan air terkumpul dalam laluan kereta api bawah tanah Zhengzhou," katanya dalam satu hantaran melalui Weibo sambil memaklumkan 12 orang maut dan lima cedera, manakala ratusan lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Gambar dikongsi melalui media sosial menunjukkan detik cemas penumpang berdepan air yang naik dengan pantas dalam sebuah gerabak kereta api.

Media tempatan pula melaporkan anggota penyelamat terpaksa memotong bumbung gerabak terbabit dan menarik keluar penumpang.

Gambar lain tular dalam media sosial juga menunjukkan usaha dramatik menyelamatkan pejalan kaki daripada arus deras yang membanjiri jalanan di Zhengzhou.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tahap tertinggi untuk Henan susulan banjir buruk melanda wilayah itu.

Menurut pihak berkuasa, curahan hujan kali ini adalah yang paling lebat sejak rekod bermula 60 tahun lalu, di mana bandar berkenaan menerima taburan bersamaan purata hujan setahun dalam tempoh hanya tiga hari.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP