WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

KANYE WEST BERDEPAN MASALAH 'ANXIETY'

Penyanyi rap popular, Kanye West menjalani pemeriksaan kecelaruan keresahan (anxiety)


Back To Whats Hot

Selepas memohon maaf kepada isterinya, Kim Kardashian atas keterlanjuran kata, penyanyi rap popular, Kanye West menjalani pemeriksaan kecelaruan keresahan (anxiety) di sebuah hospital berhampiran kediamannya di Cody, Wyoming, Amerika Syarikat.

Sumber terdekat bintang itu memberitahu media antarabangsa bahawa Kanye dikelilingi ramai orang dan dia mula rasa terbeban.

Bagaimanapun, Kanye dikatakan mahu menjalani rawatan di rumah.

"Kanye ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Namun, setibanya di hospital, dia tukar fikiran dan ingin berada di rumah. Jadi, dia pulang ke rumah sambil diekori ambulan. Kanye dirawat dan doktor memaklumkan keadaannya normal dan kini mula rasa lebih baik," katanya.

Penyanyi lagu Wash Us in the Blood itu sebelum itu memohon maaf kepada isterinya yang juga bintang realiti Keeping Up With The Kardashians selepas menuduh isterinya curang dan pernah merancang untuk menggugurkan kandungan ketika hamil anak sulung mereka.

"Saya mohon maaf kepada isteri saya, Kim kerana memberitahu masyarakat perkara yang sepatutnya menjadi isu dalaman keluarga. Saya tak melindunginya seperti mana dia melindungi saya. Kepada Kim, saya tahu yang awak terluka. Tolong maafkan saya dan terima kasih kerana sentiasa ada," tulisnya di Twitter beberapa hari lalu.

Sumber: Harian Metro