WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ORLANDO BLOOM SENTIASA DI SISI KATY PERRY, BERUSAHA JADI PELINDUNG KELUARGA YANG TERBAIK

Katy dan Orlando sudah melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka


Back To Whats Hot

Meskipun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan emosinya terganggu untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali, penyanyi Katy Perry tetap melakukannya dengan baik.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu tunang kepada Katy iaitu pelakon Orlando Bloom sentiasa ingin berada disamping penyanyi itu dalam semua keadaan.

Orlando juga mengakui dia juga melalui banyak cabaran untuk menjadi seorang bapa namun akan berusaha untuk melindungi keluarganya di masa hadapan.

"Katy bukan sahaja berdepan dengan pelbagai emosi untuk menjadi seorang ibu buat pertama kali tetapi dia juga melakukannya dalam keadaan yang luar biasa. Orlando sentiasa mahu berada disisi Katy.

"Tetapi pada masa yang sama dia juga melalui pelbagai cabaran untuk menjadi seorang bapa di masa hadapan seperti mana dia perlu menjadi pelindung keluarganya," katanya.

Katy dan Orlando juga kini teruja melakukan persiapan untuk menyambung kelahiran anak sulung mereka.

Pada April lalu, Katy dan Orlando mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Sumber: mStar