WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SYAMEL IKUT PEREDARAN ZAMAN

Syamel buka akaun YouTube, Bangmel TV untuk berkongsi gaya hidup dan aktiviti kegemaran dengan peminat


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pengaruh media sosial memainkan peranan hebat bagi seorang selebriti. Jadi, tidak hairanlah sekiranya penyanyi, Syamel tidak mahu ketinggalan memiliki akaun YouTube seperti kebanyakan artis lain.

Menamakan akaun YouTube dengan nama Bangmel TV, penyanyi yang popular menerusi lagu Hidup Dalam Mati dan Lebih Sempurna itu percaya medium berkenaan mampu mendekatkan golongan selebriti dan pengikutnya.

"Saya mula sedar betapa perlu memiliki akaun YouTube, sejak tahun lalu. Kita tahu pengaruh media sosial cukup kuat. Jika di luar negara, kebanyakan memanfaatkan akaun YouTube untuk menjana kewangan.

"Peminat lebih mengenali seseorang selebriti dalam pelbagai konteks termasuk gaya hidup, aktiviti kesukaan, makanan kegemaran dan pelbagai rencah lagi," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, 'teman tapi mesra' kepada Ernie Zakri itu bukannya jenis begitu terdedah kepada perkembangan teknologi komunikasi, sebelum ini. Jadi, mahu atau tidak, pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu harus melawan arus.

"Hakikatnya, saya bukanlah jenis pandai bermain dengan media sosial. Ada kala mahu mengemas kini dalam entri Instagram (IG) pun mengambil masa panjang.

"Ada masanya saya muat naik entri gambar atau video dalam masa beberapa minggu. Namun, kini, saya kena ikut peredaran zaman.

"Jadi, saya buka akaun YouTube untuk peminat mengenali saya dengan lebih dekat," katanya yang semakin kurus.

Mengenai projek seni, Syamel berkata, single terbaharu dijangka keluar, tidak lama lagi.

"Kerjaya seni saya berjalan seperti biasa. Ikutkan pelbagai perancangan, tetapi kita diuji dengan pandemik COVID-19. Namun, saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

"Jadi, apa yang diatur perlu dirancang semula. Ada juga perancangan terpaksa ditangguhkan. Alternatif kini semuanya terarah kepada dalam talian.

"Walaupun baru aktif dalam dunia media sosial, undangan menerusi beberapa acara dalam talian juga datang tanpa diduga," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
Foto IG Syamel