• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

ANAK SULUNG MATT DAMON DIJANGKITI COVID-19 DI KAMPUS

Pelakon Matt Damon mengesahkan anak sulungnya iaitu, Alexia yang berada di sebuah kampus di Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19


Back To Whats Hot

Pelakon Matt Damon mengesahkan anak sulungnya iaitu, Alexia yang berada di sebuah kampus di Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Menerusi laporan Film Fare, Matt Damon memaklumkan keadaan kesihatan anak perempuannya berusia 21 tahun itu semakin baik.

"Anak gadis kami sekarang sedang belajar di universiti dan kampusnya sudah ditutup tapi dia masih berada di New York.

"Dia dijangkiti Covid-19 bersama teman-teman sebiliknya baru-baru ini. Keadaan kesihatannya semakin baik," kata Matt dalam satu temubual.

Dalam pada itu, pelakon filem Good Will Hunting ini turut memaklumkan dia menjalani tempoh kuarantin bersama isteri dan tiga anaknya di Ireland.

Menurut Matt, sebelum perintah berkurung dilaksanakan dia sedang menjalani penggambaran di Perancis namun terpaksa menangguhkan projek tersebut sehingga keadaan kembali pulih.

"Tak semua keluarga ada di sini, hanya isteri dan tiga anak. Kalau keadaan semuanya kembali pulih, kami sekeluarga akan berkumpul hujung bulan ini.

"Semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja," ujarnya.

Sumber: mStar