WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

PKP: BENARKAN KHIDMAT BANK BERGERAK DI BANDAR KECIL - MASING

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei memang telah dijangkakan dalam usaha mengekang penyebaran COVID-19


Back To Whats Hot

KUCHING: Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei memang telah dijangkakan dalam usaha mengekang penyebaran COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing (gambar) berkata, ia sesuatu yang tidak pernah terjadi di negara ini dan dengan itu Prosedur Operasi Standard (SOP) terus diambil kira.

Bagaimanapun katanya terdapat beberapa perkara harus dipertimbangkan dengan pelanjutan PKP yang kini memasuki fasa keempat.

"Beberapa minggu sebelum ini, antara salah satu yang mengecewakan adalah masalah sistem perbankkan kita.

"SOP waktu operasinya bermula dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang harus diperbetulkan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Masing berkata paling mengecewakan juga apabila hanya beberapa outlet bank sahaja yang dibuka dan diuruskan oleh beberapa kakitangan dengan waktu terhad.

Beliau berkata ia menyebabkan barisan panjang serta masa berjam-jam kepada pelanggan untuk mengeluarkan wang mereka.

"Kementerian Kewangan Malaysia dengan itu harus membenarkan Bank Bergerak berkhidmat di bandar-bandar kecil.

"Ini akan mengurangkan pergerakan ke luar dan pekerja bank seharusnya berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan apa yang berlaku," katanya.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata selain itu perlu kelonggaran PKP di kawasan Hijau serta mereka yang tinggal di kondominium atau rumah pangsa.

Katanya ia dengan memberi peluang kepada mereka bergerak atau berjalan tidak lebih dari dua orang pada satu-satu masa, menghadkan jam setiap hari dengan mematuhi peraturan PKP.

"Bagi segelintir perniagaan, pejabat, pekerja kontrak di kawasan Hijau dimana penjarakan sosial boleh dikawal juga harus dibenarkan beroperasi di Sarawak," katanya.

Beliau berkata bagi tempat kerja semua perkhidmatan berkenaan harus menggunakan penutup mulut dan hidung sepanjang masa selain pensanitasi tangan atau mencuci bahan-bahan yang digunakan oleh pekerja.

"Kita perlu melakukan perkara ini dalam usaha melindungi diri sendiri dan melindungi yang lain dari COVID-19.

"Setiap dari kita memainkan peranan penting untuk memulihkan Malaysia seperti sebelumnya," kata Masing.

Sumber: Utusan Borneo