WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

COVID-19: PELAKON X-MEN DERMA RM1.5 JUTA UNTUK PEMBELIAN SUT PERLINDUNGAN JANGKITAN

James McAvoy derma hampir RM1.5 juta kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus


Back To Whats Hot

Pelakon X-Men, James McAvoy dilapor telah mendermakan sebanyak £275,000 (kira-kira RM1.48 juta) kepada Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan (NHS) dalam usaha membantu usaha membendung pandemik koronavirus.

Bintang filem itu menyumbang kepada kempen pendanaan awam (crowdfunding) yang dicetuskan oleh kumpulan doktor untuk digunakan bagi membeli sut perlindungan peribadi (PPE) buat petugas perubatan.

Kempen itu telah pun meraih sebanyak £440,000 melepasi sasaran awal £200,000 yang kini telah dinaikkan kepada £500,000.

McAvoy sebelum itu turut membantu menguar-uarkan kempen tersebut dalam beberapa video Instagram.

"Wang yang didermakan hari ini bakal menyelamatkan nyawa.

"Bantu kami untuk bantu kerejaan untuk bantu NHS.

"Situasi kini amat mendesak dan kita kesuntukan masa."

James McAvoy memegang watak Professor X dalam siri X-Men: First Class, X-Men: Days of Future Past, X-Men: Apocalypse, dan X-Men: Dark Phoenix.

Selain itu, dia turut berlakon dalam filem Deadpool 2, Split dan It.

Sumber: AWANI