WHAT'S NEXT

ULANGAN CATS 30

09.00pm - 12.00am

SERU BANGKIT JADI LEBIH KUAT

Satu lagi karya terbaharu dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Terang


Back To Whats Hot

Satu lagi karya terbaharu dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Terang.

Karya ciptaan Aubrey Suwito dan lirik oleh Shah Shamshiri ini nyata mempunyai kekuatan tersendiri baik melodi mahupun lirik.

 

Dihasilkan sebagai lagu motivasi dan ditujukan khas buat kanak-kanak penghidap sakit jantung kurang berkemampuan, Terang adalah lagu pop yang sesuai.

Dari segi melodi, ia tidak lari jauh daripada muzik yang pernah dibawakan Siti Nurhaliza sebelum ini. Namun, ada sedikit rasa segar tatkala lagu Terang diperdengarkan.

Lirik pula, ia mengajak mereka yang bersedih dalam kehidupan untuk sama-sama bangkit dan jadi lebih kuat.

Video muziknya tak kurang hebat dan menampilkan Siti menyampaikan lagu itu di hadapan sekumpulan kanak-kanak.

Warna, sudut dan permainan kameranya nampak sangat mesra dengan jiwa kanak-kanak dan setiap yang menonton video muzik ini.

Sejak dimuat naik pada 1 November lalu, video muzik Terang sudah menerima lebih 197,000 tontonan di YouTube.

Sumber: Harian Metro