WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

RESAH PEMINAT BAKAL BERAKHIR, RIHANNA BAKAL MUNCUL DENGAN ALBUM TERBAHARU DISEMBER INI

Penyanyi popular Rihanna dijangka akan kembali dengan sebuah album terbaharu menjelang hujung tahun ini


Back To Whats Hot

Penyanyi popular Rihanna dijangka akan kembali dengan sebuah album terbaharu menjelang hujung tahun ini.

Memetik laporan HipHop-N-More, berita baik itu dikongsi oleh Ketua Pegawai Operasi syarikat rakaman Universal Music France, Olivier Nusse ketika mengumumkan barisan album terbaru yang akan dikeluarkan sepanjang 2019.

Di dalam senarai tersebut, turut dipaparkan nama Rihanna yang dijangka akan mengeluarkan album kesembilannya pada bulan Disember.

Biarpun masih belum ada pengumuman rasmi daripada penyanyi itu, ramai pihak telah membuat spekulasi tentang album kesembilan ini.

Malah, Rihanna ketika ditemubual oleh Majalah Interview pada awal tahun lalu turut memberikan beberapa bayangan tentang konsep album terbarunya yang dikatakan berunsur reggae.

“Saya sedang mengerjakan sesuatu yang seronok sekarang. Saya gembira dengan material yang kami berjaya kumpul sekarang.

“Tapi, saya tak akan keluarkan album ini selagi ia belum selesai sepenuhnya,” ujar Rihanna ketika ditemubual majalah tersebut.

Peminat nampaknya semakin tidak sabar menantikan buah tengan terbaru penyanyi itu yang kali terakhir mengeluarkan album berjudul ANTI pada tahun 2016.

Selain bergelar penyanyi, Rihanna kini sedang sibuk mengeluarkan koleksi fesyennya tersendiri di sebalik jenama Fenty.

Sumber: AWANI