WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

05.00pm - 09.00pm

FILEM ASAL ADIWIRA, KUTIPAN VENOM 'BAHAM' THOR DAN CAPTAIN AMERICA

Kutipan filem Venom mengalahkan Thor dan Captain America bagi minggu pembukaan filem origin adiwira


Back To Whats Hot

'VENOM', filem terbaru terbitan Sony Pictures sudah seminggu berada di pawagam dan dakwaan serta rating awal yang agak teruk bagi filem ini menguatkan lagi persepsi bahawa filem anti-hero ini akan 'flop'. Ada juga yang mengatakan filem ini tidak akan berjaya kerana ianya tidak berada di bawah naungan Marvel Studios walaupun watak Venom adalah watak dari Marvel.

Tetapi ianya tidak berlaku, 'Venom' berjaya menempatkan diri di dalam ranking pecah panggung dengan kutipan yang boleh membuatkan penerbitnya tersenyum lebar bagi filem origin superhero pada minggu pembukaan. Selain daripada itu, bukan sahaja filem symbiote lakonan Tom Hardy ini mengutip kutipan yang tinggi, ia juga mengalahkan beberapa adik beradiknya iaitu filem superhero dari Marvel Cinematic Universe, 'Thor' dan 'Captain America: The First Avenger'!

 

Ranking kutipan pecah panggung bagi filem origin adiwira. - Twitter @getFANDOM
Ranking kutipan filem pecah panggung bagi filem origin adiwira. - Twitter @getFANDOM

 

Menurut comicbook.com, Venom sekarang sudah setanding dengan filem-filem superhero yang terbaik sepanjang zaman berdasarkan kutipan pada minggu pembukaan. Di atas Venom adalah, Filem 'X-Men Origins: Wolverine'. Filem lakonan Hugh Jackman itu berjaya mengutip lebih dari $80 juta pada minggu pembukaan.

Walaupun Marvel Cinematic Universe terkenal dengan filem box office nya, filem 'Thor' berada di belakang 'Venom' dengan kutipan AS$65.7 juta pada minggu pembukaan. Begitu juga dengan filem 'Captain America: The First Avenger' yang jumlah kutipannya adalah AS$65 juta. Selain daripada itu, filem 'Ant-Man and The Wasp' juga berada di belakang Venom dengan kutipan sebanyak AS$75.8 juta pada minggu pembukaan.

Sumber: AWANI