WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SALEEM IKLIM SUDAH SEDAR, MAKIN STABIL - ISTERI

Julia turut mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung keadaan suaminya akan diketahui petang ini


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Iklim, Saleem yang terlibat dalam kemalangan membabitkan motorsikal yang ditungganginya dan sebuah kereta minggu lalu, sudah mula menunjukkan respon positif.

Isteri kepada penyanyi yang berusia 57 tahun, Julia Bachok ketika dihubungi Astro AWANI hari ini, memberitahu suaminya sudah mula sedarkan diri dan keadaanya mula stabil.

“Dia ( Saleem ) kini sudah mula membuka mata dan keadaannya stabil seperti biasa, cuma dia tidak boleh bergerak banyak kerana Doktor masih lagi mengeluarkan darah daripada paru-parunya melalui tiub," kata Julia.

Julia turut mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung keadaan suaminya akan diketahui petang ini. 

“Doktor mengesahkan akan memberi perkembangan terbaharu berhubung paru-paru Saleem dan apa rawatan susulan ke atas Saleem,” katanya sebelum menamatkan perbualan.

Saleem terlibat dengan kemalangan jalan raya berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras, ketika vokalis kumpulan iklim itu keluar membeli barang sehingga menyebabkan tulang rusuknya penyanyi itu tersusuk ke bahagian paru-parunya.

Sumber: AWANI