• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TEMBAK PIPI SENDIRI DEMI HASILKAN KLIP MUZIK VIDEO

Seorang rapper layak mendapat gelaran `si bodoh’ selepas dia menembak pipinya sendiri dan kemudian meludahkan darah yang memenuhi mulutnya


Back To Whats Hot

Seorang rapper layak mendapat gelaran `si bodoh’ selepas dia menembak pipinya sendiri dan kemudian meludahkan darah yang memenuhi mulutnya semata-mata mahu menghasilkan klip muzik video yang ekstrem.

Kasper Knight, dari Indianapolis, yang menggunakan nama Kasper Tha Phantom berkata dia berbuat demikian dengan menembak pipinya sendiri kerana orang lain tidak mahu melakukannya.

Dengan menggunakan senjata dan telefon bimbit, Knight merakamkan aksi berkenaan di belakang keretanya dan menganggap kesakitan yang dialaminya itu hanya pada skala 4 daripada 10.

“Saya dah tidak peduli apa lagi. Saya telan peluru itu. Jika saya mati, f*** it,’’ katanya sebelum ketawa dan menggosok darah itu ke seluruh mukanya. Dia kemudiannya dibawa ke hospital.

Selepas telefon bimbitnya itu dipulangkan, Knight memuatnaik rakaman berkenaan dan memberitahu dia melakukan aksi bodoh dan berbahaya itu semata-mata untuk menghasilkan klip video.

Malangnya aksi Knight itu telah dikutuk ramai termasuk keluarga dan rakan-rakannya yang menganggap Knight sengaja mencari publisiti dan sepatutnya dipenjarakan.

Dia bagaimanapun memutuskan untuk tidak mempedulikan kritikan terbabit.