WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AMAR, AMYRA SELAMAT BERTUNANG

Pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31 dan Amyra Rosli, 25, selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman dramatis jelita


Back To Whats Hot

Pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31 dan Amyra Rosli, 25, selamat melangsungkan majlis pertunangan di kediaman dramatis jelita itu di Desa Melawati, Jumaat Lepas.

Majlis diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Pada majlis dilangsungkan secara ringkas itu, Amar menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin sebagai tanda dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Ibu Amar, Norhayati Abdul Aziz menyarungkan cincin ke jari Amyra sebagai tanda pasangan popular itu sudah mengikat tali pertunangan.

Bagaimanapun pihak Amyra tidak mahu mendedahkan jumlah wang hantaran bakal diterima pada majlis pernikahan dirancang bagi menghormati permintaan dari pihak keluarga Amar.

Amar dan Amyra merancang untuk bernikah pada 11 November ini diikuti majlis resepsi pada keesokkan harinya.

Majlis menyambut menantu pula dirancang diadakan pada 19 November ini.

Sumber: mStar