WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

'TERIMA KASIH MALAYSIA' - LEE CHONG WEI

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih beliau kepada jurulatih Datuk Misbun Sidek atas tunjuk ajar dan sokongannya


Back To Sports Updates

PUTRAJAYA: 'Terima kasih Malaysia!'

Itu kenyataan pemain badminton No 1. negara, Datuk Lee Chong Wei yang menzahirkan ucapan penghargaan beliau kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan padu sepanjang kariernya selama 19 tahun.

Ketika menyampaikan ucapan persaraan beliau di Menara KBS, di sini hari ini, Chong Wei, 37, begitu sebak.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada jurulatih Datuk Misbun Sidek di atas segala tunjuk ajar dan sokongan kepadanya selama pembabitannya sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Badminton  Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria turut hadir dalam sidang media itu.

Sumber: AWANI