WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

LIVERPOOL BELUM MAHU MENGALAH

Virgil Van Dijk yakin The Reds mampu mengubah keputusan bagi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara untuk berdepan Barcelona


Back To Sports Updates

LIVERPOOL - Pemain pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk yakin The Reds mampu mengubah keputusan bagi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara untuk berdepan Barcelona di Anfield awal pagi esok.

Perkara tersebut diluahkan selepas skuad kendalian Jurgen Klopp kecundang 0-3 kepada skuad kendalian Ernesto Valverde ketika bertandang ke Camp Nou minggu lalu.

Pada masa sama, Van Dijk mengharap­kan keajaiban berlaku di Anfield dan ia bukan disebabkan sejarah AS Roma yang pernah menundukkan Barcelona pada aksi timbal balik di Rom tahun lalu.

Dalam pada itu, pemain antarabangsa Belanda tersebut menjelaskan pasukannya belum tewas kerana aksi 90 minit berikutnya di laman sendiri masih terbuka dan bersedia merentap ego pasukan gergasi La Liga.

“Sudah tentu kami akan melakukan yang terbaik ketika bermain di Anfield selepas ini.

“Kami akan cuba dengan segala tenaga yang ada untuk menyekat kemaraan Barcelona supaya ren­tak yang mereka pamerkan di Camp Nou minggu lalu tidak kembali berulang.

“Kali ini The Reds bermain di laman sendiri dan sudah tentu kami mahu memanfaatkan segala kelebihan yang ada di hadapan penyokong sendiri.

“Pemain perlu melakukan yang lebih baik di bahagian pertahanan kerana kami mengetahui Barcelona datang ke sini dengan bekalan tiga gol.

“Pasukan perlu percaya dengan kemampuan yang ada dan perkara itu mampu membantu The Reds me­ngubah keputusan sete­rusnya mara ke pentas final,” kata Van Dijk.

Sumber: Kosmo! Online