• LISTEN NOW ON AIR

    05/02/24 - 05/02/24

WHAT'S NEXT

05/02/24 - 05/02/24

LITAR ASSEN KEKAL TUAN RUMAH GP BELANDA HINGGA 2026

Litar Assen di sini, akan terus menjadi tuan rumah untuk perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda hingga 2026


Back To Sports Updates
Litar Assen di sini, akan terus menjadi tuan rumah untuk perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda hingga 2026,

kata pihak penganjur dalam satu kenyataan, hari ini. Perlumbaan TT Belanda mula dianjurkan di sirkit berkenaan pada tahun 1925 dan Assen adalah satu-satunya venue yang berada dalam kalendar grand prix (GP) permotoran dua roda setiap tahun sejak kejuaraan motosikal dunia dianjurkan pada 1949.

Pada tahun ini, perlumbaan diadakan pada hari Ahad, dianjak berbanding biasa iaitu pada hari Sabtu. "Assen sentiasa menganjurkannya sejak ia dimulakan pada tahun 1949. Ia adalah satu situasi yang menarik dan satu penghargaan besar apabila dapat melanjutkan kontrak bersama sirkit Assen untuk tempoh 10 tahun lagi," kata ketua pegawai eksekutif promoter MotoGP Dorna, Carmelo Ezpeleta.

Sumber - Reuters