WHAT'S NEXT

ULANGAN CATS 30

08.00pm - 11.00pm

PIALA THOMAS: MALAYSIA BENAM ALGERIA 5-0, TEMPAH SLOT SUKU AKHIR

Malaysia seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0


Back To Sports Updates

CHENGDU, 29 April - Malaysia seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech semalam.

Pemain perseorangan utama Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 sebelum perseorangan kedua, Cheam June Wei turut mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Momentum skuad negara diteruskan apabila beregu Choon Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri hanya memerlulkan masa 17 minit  untuk menyumbang mata ketiga negara dengan menyingkirkan gandingan Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchfoun 21-8, 21-3.

Perseorangan ketiga negara Justin Hoh menghadiahkan mata keempat pasukan  selepas menewaskan Mohamed Abderrahim Belarbi, 21-10, 21-14, manakala Nur Izzuddin-Wooi Yik memerlukan masa 25 minit untuk memuktamadkan kemenangan 5-0 dengan mengatasi Koceila Mammeri-Youcef Sabri 21-13, 21-9.

Kelmarin, Malaysia membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong manakala Denmark turut mengatasi Algeria dengan keputusan sama.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini