WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PIALA DUNIA: ARGENTINA KEKAL REKOD CEMERLANG

Argentina melengkapkan kemenangan kedua pada aksi kelayakan Piala Dunia selepas menundukkan Bolivia pagi semalam - AFP


Back To Sports Updates

LA PAZ – Argentina mengekalkan aksi cemerlang dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Bolivia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hernando Siles pagi semalam.

Walaupun beraksi tanpa kelibat kapten, Lionel Messi yang belum cergas sepenuhnya, namun ia langsung tidak menjadi masalah buat Argentina untuk melakar kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penting.

Pada perlawanan tersebut, juara Piala Dunia itu menjaringkan tiga gol, masing-masing satu jaringan menerusi Enzo Fernandez, Nicolas Tagliafico dan Nicola Gonzalez bagi memastikan mereka berada di kedudukan dua teratas.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni mengakui gembira dengan kemenangan itu kerana beliau menganggap aksi berdepan Bolivia sentiasa menjadi sukar, lebih-lebih lagi apabila bermain di tempat lawan.

“Bagi saya, perlawanan hari ini (semalam) adalah aksi yang cukup lengkap serta kemenangan sempurna buat Argentina. Bolivia adalah pasukan yang baik, tetapi kami menampilkan aksi lebih bagus.

“Kemenangan ini sangat penting kerana aksi kelayakan sentiasa menjanjikan saingan sukar. Setiap pasukan akan datang bermain di sini, jadi saya harap Bolivia boleh beri cabaran kepada mereka,” katanya.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini