WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

EPL: ARSENAL, NICOLAS PEPE BERPISAH AKHIRNYA

Pepe memendekkan kontraknya selama setahun di Arsenal atas persetujuan bersama selepas gagal memberikan aksi diharapkan. - AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Arsenal mampu menarik nafas lega apabila akhirnya berjaya menyelesaikan masalah yang sekian lama ditanggung apabila pemain sayapnya, Nicolas Pepe bersetuju untuk menamatkan kontrak secara persefahaman bersama.

Pepe menjadi rekod perpindahan kelab itu ketika dibeli pada harga £72 juta (RM420.67 juta) dari Lille pada 2019 dengan kontrak selama lima tahun, namun selepas empat tahun bersama pasukan itu, dia terus gagal membuktikan kemampuannya.

Arsenal terdesak untuk menjualnya sejak beberapa musim lalu, namun gagal ekoran gaji mingguannya yang terlalu tinggi, tetapi perkembangan ini menyaksikan Pepe mampu mencari kelab baharu untuk menghidupkan semula kariernya.

Ketika ini, Pepe dikaitkan dengan pasukan di Liga Turkiye apabila Trabzonspor dilaporkan bersedia menawarkan kontrak selama setahun dengan pilihan untuk lanjutan pada musim berikutnya.

Pengarah Sukan Arsenal, Edu sebelum ini mengakui The Gunners terdesak untuk melepaskan Pepe bagi mengurangkan beban kewangan pasukan itu dan pernah memujuk pemain itu untuk meninggalkan Emirates.

“Apabila ada pemain yang berusia 26 tahun ke atas dan memiliki gaji yang besar, tetapi gagal memberikan aksi terbaik, ia akan ‘membunuh’ kelab anda. Pemain juga enggan meninggalkan kelab kerana gaji selesa, berada dalam pasukan yang hebat dan tinggal di tempat menarik,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan Arsenal masih perlu membayar sehingga £10 juta (RM58.43 juta) sebagai pampasan kepada Pepe yang memendekkan kontraknya bersama pasukan itu selepas dia hanya meledak 27 gol dalam 112 penampilan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini