WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

EPL: MANCHESTER UNITED PALING BANYAK BERBELANJA

United berada di kedudukan teratas senarai kelab yang telah mengeluarkan dana paling besar dalam tempoh sedekad untuk mendapatkan pemain baharu. - AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Manchester United menghuni kedudukan teratas senarai pasukan yang berbelanja besar untuk tempoh sedekad lalu dengan nilai sehingga £1.19 bilion (RM6.95 bilion) bersih.

Sejak 2014, The Red Devils telah mengeluarkan dana sebanyak £1.67 bilion (RM9.76 bilion) sehingga kini untuk mendapatkan pemain baharu, namun mereka hanya meraih £481 juta (RM2.81 bilion) hasil penjualan pemain berdasarkan laporan Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES).

Sepanjang 10 tahun berkenaan, United terlibat dalam mendapatkan pemain-pemain pada harga yang cukup tinggi terutama ketika membeli Paul Pogba pada harga £89.5 juta (RM522.93 juta), Harry Maguire £80 juta (RM467.42 juta) dan Romelu Lukaku £75 juta (RM438.21 juta).

Selain ketiga-tiga mereka, United turut mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar bagi mendapatkan Antony dan Jadon Sancho yang masih bergelut untuk mendapatkan prestasi sebenar selain kelab itu masih kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris mahupun Liga Juara-Juara (UCL).

Chelsea yang berjaya meraih dua kejuaraan UCL sepanjang tempoh berkenaan berada di kedudukan kedua apabila kekurangan £307 juta (RM1.79 bilion) berbanding jumlah yang dibelanjakan oleh United.

Selepas pemilikan kelab diambil alih oleh Todd Boehly, The Blues telah membelanjakan sebanyak £1 bilion (RM5.84 bilion) pada tiga jendela perpindahan lalu untuk mengumpul jumlah keseluruhan £2.25 bilion (RM13.15 bilion) dalam tempoh sedekat, tetapi mereka berjaya meraih £1.37 bilion (RM8 bilion) hasil penjualan semula pemain mereka.

Sementara itu, lima lagi pasukan dari England, Manchester City, Arsenal, Newcastle, Tottenham Hotspur dan West Ham United turut berada dalam kelompok 10 kelab yang telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi tempoh berkenaan.

Baki empat lagi pasukan yang berada dalam senarai tersebut adalah Paris Saint-Germain, AC Milan dan Barcelona melengkapkan senarai berkenaan.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini