WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SAHAM UNITED JATUH MERUDUM

Saham kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United jatuh teruk selepas khabar angin pemiliknya membuat keputusan tidak menjual kelab itu


Back To Sports Updates

LONDON: Saham Manchester United jatuh dengan teruk berikutan khabar angin keluarga Glazer enggan menjual kelab itu dan menariknya keluar dari pasaran.

Kelab itu disenaraikan dalam pasaran saham sejak tahun 2012 dan kejatuhan terkini menjadikannya hari paling teruk bagi saham United dalam tempoh 11 tahun sebagai syarikat awam.

Saham kelab Old Trafford itu merudum sebanyak 21 peratus selepas berita tersebar Glazers mungkin tidak akan menjualnya, sebelum melantun semula sedikit hingga turun 18 peratus.

Perubahan itu menyaksikan paras pasaran kelab jatuh sebanyak £550 juta (RM3.2 bilion) - menjadikan nilai pasaran semasa kelab itu sekitar £3.3 bilion (RM19.3 bilion).

Nilai baharu itu jauh berbeza daripada harga yang ditetapkan oleh keluarga Glazer semasa rundingan mereka untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Didakwa Glazers mahukan hampir £10 bilion (RM58.6 bilion) untuk menjual Red Devils.

Mereka cuba menjual kelab itu sejak November lalu, namun di sebalik rundingan yang memakan masa bersama pembeli berpotensi Sheikh Jassim dan Jim Ratcliffe kedua-duanya tidak menepati permintaan mereka.

Menurut akhbar Daily Mail, ia menyebabkan pemilik United mengeluarkan kelab itu dari pasaran dengan harapan untuk dijual pada masa depan.

Dikatakan mereka akan cuba menyenaraikan semula United untuk dijual pada tahun 2025 apabila mereka menjangkakan "faktor persekitaran dan kewangan mungkin menarik lebih ramai pembida."

Bekas legenda United, Gary Neville mengecam pendekatan keluarga Glazer dalam usaha menjual kelab itu.

"Saya tidak percaya Glazers tidak menjual/melakukan apa-apa cerita. Mereka perlu melakukan sesuatu.

"Mereka sudah kehabisan wang dan keadaan kewangan memang mendesak. Mereka memerlukan pelaburan. Mereka juga berdepan kesan toksik kepada kelab dari dalam dan luar," ciapnya di Twitter.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini