WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

AL-ITTIHAD TERUS KEJAR SALAH

Liverpool tetap dengan pendirian untuk tidak melepaskan Salah - Foto AFP


Back To Sports Updates

London: Al-Ittihad masih meneruskan usaha untuk mendapatkan Mohamed Salah biarpun Liverpool menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual pemainnya itu.

Kelab Arab Saudi itu bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mendapatkan khidmat Salah.

The Red ketika ini masih lagi berusaha untuk memperkuatkan barisan tengah dan tidak mampu kehilangan seorang lagi watak utama mereka.

Salah dilaporkan bersedia menerima tawaran melebihi £175 juta (RM1.03 bilion) setahun itu namun pengendali Liverpool, Jurgen Klopp enggan melepaskannya kerana tidak mempunyai tempoh yang cukup untuk mencari pengganti.

"Tidak ada apa yang perlu diperkatakan, kami tidak menerima sebarang tawaran.

"Mo adalah pemain Liverpool dan penting dalam perancangan kami. Jika ada tawaran, jawapannya adalah tidak," kata Klopp.

Ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris akan ditutup Jumaat ini, kelab-kelab Arab Saudi pula mempunyai masa sehingga 20 September untuk menyempurnakan urusan mereka.

Jadi masih ada peluang buat Salah untuk membuat keputusan selepas Jumaat ini, tetapi Liverpool tidak akan dapat mencari pengganti sehingga jendela perpindahan Januari.

Menurut Klopp, tarikh tutup jendela perpindahan yang berbeza akan menyukarkan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris dan Eropah.

"Sebelum ini perkara sama berlaku dengan Russia, mereka mempunyai jendela perpindahan berbeza tetapi tidak mempunyai banyak wang.

"Jika anda ingin menjadi sebahagian daripada sistem, anda perlu melakukan urusan perniagaan dalam tempoh yang sama. Saya pasti FIFA akan melakukannya jika mereka mahu," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini