WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

HOJLUND SEDIA BERAKSI SABTU INI

Pemain baharu Manchester United, Rasmus Hojlund sekadar menjadi pemerhati pasukannya ketika dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Rasmus Hojlund diharap mampu menjadi penyelamat Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest pada Sabtu ini.

Skuad Red Devils hanya meledak satu gol dalam dua perlawanan pertamanya musim ini menerusi bek tengah, Raphael Varane.

Hojlund, penyerang berharga 72 juta pound (RM421.67 juta) yang hanya menjadi pemerhati sejak tiba di Old Trafford pada musim panas ini, kini sudah mula berlatih bersama skuad.

Dia mengalami kecederaan ketika sesi latihan pra-musim bersama bekas kelabnya, Atalanta.

Hojlund tidak dapat beraksi ketika kemenangan 1-0 ke atas Wolves pada perlawanan pertama dan sewaktu tewas 2-0 di tangan Tottenham.

Kini Man United berharap pemain Denmark itu cergas sepenuhnya untuk bersama pasukan pada aksi menentang Forest.

Harapan tinggi diletakkan ke atas pemain 20 tahun itu yang digambarkan oleh pengendali United, Erik ten Hag sebagai penyerang unik.

Hojlund meledak sembilan gol pada musim tunggalnya di Serie A.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini