WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PEMINAT AL-HILAL KECEWA, PENAMPILAN SULUNG NEYMAR DITANGGUH KERANA CEDERA

Ketibaan Neymar di Al-Hilal diraikan dalam majlis yang meriah pada Sabtu lalu - Sumber Foto mStar


Back To Sports Updates

PENAMPILAN sulung Neymar bersama Al-Hilal perlu ditangguhkan memandangkan bintang itu dilaporkan mengalami kecederan.

Malah, kelab tersebut tidak menetapkan sebarang tarikh untuk Neymar kembali beraksi.

"Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia dan akan menyumbang secara signifikan kepada pasukan kami," kata jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus.

"Dia mengalami kecederaan ringan yang akan menghalangnya daripada menyertai latihan untuk beberapa hari akan datang.

"Tempoh ketiadaannya belum ditentukan lagi," katanya.

Berita ini semestinya mengejutkan peminat Al-Hilal yang tidak sabar-sabar untuk melihat Neymar beraksi di atas padang tidak lama lagi.

Terdahulu, majlis memperkenalkan pemain Brazil itu secara rasmi diadakan di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, Riyadh pada Sabtu.

Sumber: mStar

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini