WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

NEYMAR SETUJU SERTAI AL-HILAL

Penyerang Brazil, Neymar dilaporkan bersetuju untuk menyertai Al-Hilal dalam Liga Pro Saudi dari kelab juara Perancis, PSG. - Foto AFP


Back To Sports Updates

PARIS: Penyerang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar Jr bersetuju untuk menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, musuh utama kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr, menurut laporan di Perancis.

"Neymar setuju untuk beraksi bersama Al-Hilal dengan menandatangani kontrak dua tahun. PSG dan kelab Saudi itu berunding terma perpindahan penyerang Brazil," menurut laporan akhbar harian terkenal L'Equipe pada Ahad.

Laporan sama menyebut pemain itu akan menerima lebih 160 juta euro (RM805 juta) di kelab itu selepas menghabiskan enam tahun bermain di ibu negara Perancis.

Neymar menyertai PSG pada tahun 2017 dari Barcelona dengan rekod perpindahan dunia ketika itu 222 juta euro (RM1.12 bilion).

Bintang Brazil itu mewakili kelab Paris sebanyak 112 kali, menjaringkan 82 gol.

PSG, yang kehilangan khidmat Lionel Messi awal tahun ini, turut bergelut untuk mengekalkan bintang Perancis, Kylian Mbappe, yang cuba membuat helah dengan kelabnya sebelum mahu meninggalkan kelab secara percuma tahun depan.

Jika Neymar berpindah ke Al-Hilal, ia akan menjadi pembelian terbesar liga Saudi, yang menarik minat beberapa pemain ternama Eropah, bermula dengan Ronaldo musim lalu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini