WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SILAP HANTAR ATLET 100 METER KE ACARA DUNIA, PENGERUSI PERSATUAN OLAHRAGA DIGANTUNG

Wakil Somalia, Nasra Abukar menamatkan perlumbaan 100 meter Sukan Universiti Dunia di tempat terakhir dengan catatan 21.81 saat - Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

CHENGDU, China: Menteri Sukan Somalia membuat permohonan maaf selepas pelari wanita yang mewakili negara itu di Sukan Universiti Dunia, China, mengambil masa lebih 21 saat untuk menamatkan perlumbaan 100 meter.

Rakaman larian perlumbaan membabitkan wanita berusia 20 tahun itu tular di media sosial sejak 1 Ogos lalu.

Nasra Abukar mencatat 21.81 saat, 10.23 saat di belakang pemenang perlumbaan yang merakam 11.58 saat.

Menurut seorang profesor dalam bidang sukan, catatan dilakukan Abukar sangat perlahan.

"Ia bukan juga catatan yang bagus untuk sekolah tinggi, tidak kira di sekolah mana anda berada," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Somalia, Mohammed Barre Mohamud berkata, kementeriannya tidak tahu Abukar terpilih untuk beraksi dalam temasya berkenaan.

Malah siasatan susulan yang dilakukan mendapati Abukar bukan seorang atlet mahupun pelari.

Kementerian itu turut meminta Jawatankuasa Olimpik Somalia untuk menggantung pengerusi Persekutuan Olahraga Somali, Khadijo Aden Dahir.

Pengerusi itu didakwa terbabit dengan penyalahgunaan kuasa, nepotisme, dan memalukan nama baik negara itu di pentas antarabangsa," kata kementerian berkenaan.

Menurut pengguna media sosial, Abukar dipercayai adalah anak saudara pengerusi persekutuan itu.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini