WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LIVERPOOL CUBA NASIB PINJAM MBAPPE

Mbappe dikaitkan dengan penghijrahan ke Liverpool secara pinjaman selepas enggan kekal bersama PSG. – Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

LONDON – Liverpool dilaporkan sedang mengadakan perbincangan bersama Paris Saint-Germain untuk cuba mendapatkan khidmat Kylian Mbappe secara pinjaman bagi tempoh selama semusim.

Bintang antarabangsa Perancis itu sudah pun menyatakan hasratnya untuk tidak menyambung kontrak dengan PSG dan dikaitkan dengan penghijraham menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Bagaimanapun, Los Blancos enggan memenuhi nilai diminta PSG yang dikatakan melebihi angka £200 juta (RM1.1 bilion) dan lebih rela menanti bagi mendapatkan Mbappe secara percuma musim depan.

Di sebalik kemarahan PSG, The Reds tampil dengan talian hayat apabila mahu meminjam khidmat Mbappe semusim dan menawarkan bayaran asas yang tinggi.

Tawaran Liverpool ini pastinya akan memberi manfaat kepada buat PSG kerana mereka masih mampu mendapatkan bayaran yang tinggi biarpun terpaksa kehilangan Mbappe secara percuma musim depan.

“Liverpool adalah kelab kesukaan ibu saya. Saya tidak tahu kenapa dan kamu kena tanya ibu saya,” menurut kenyataan Mbappe pada 2018 sebelum ambil keputusan sertai PSG.

Ketika ini, PSG dikatakan begitu terdesak untuk mengelak daripada kehilangan Mbappe secara percuma dan bersedia menerima bidaan daripada Al-Ahli bernilai £259 juta (RM1.5 bilion), namun penyerang itu sudah menyatakan pendirian enggan berhijrah ke kelab Arab Saudi

PSG tidak menolak kemungkinan untuk membenarkan Mbappe meninggalkan Parc des Princes sepanjang musim ini secara pinjaman sekiranya mereka mampu mendapatkan bayaran yang bersesuaian.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini