WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TELLES BERAT HATI TINGGALKAN MANCHESTER UNITED

Telles melengkapkan perpindahannya ke Al-Nassr untuk beraksi di Liga Profesional Arab Saudi apabila dilepaskan oleh United. – FB AL-NASSR


Back To Sports Updates

MANCHESTER – Walaupun tidak mendapat tempat dalam skuad utama hingga terpaksa dipinjamkan ke Sevilla, Alex Telles yang melengkapkan perpindahan ke Al-Nassr tetap menghargai tempohnya bersama Manchester United.

Sekalipun tidak mampu untuk meneruskan cita-citanya terus bermain di Old Trafford, Telles mengakui tidak terkilan dengan keputusan pihak pengurusan The Red Devils melepaskan khidmatnya.

“Usaha, kerja keras, dedikasi, bakat dan keyakinan! Saya tidak tahu berapa banyak resipi dalam hidup untuk capai sesuatu serta melaksanakan projek yang dilakukan.

“Ketika saya mula tiba di United, saya sudah merealisasikan impian untuk bermain di salah sebuah kelab terbesar di dunia. Kelab yang memiliki penyokong yang hebat dan bandaraya ini memberikan saya ramai kawan.

“Sekarang saya menutup kisah luar biasa, tetapi yakinlah saya tetap hormati setiap detik latihan dan perlawanan bersama United. Terima kasih Manchester United,” katanya.

Perpindahan pemain dari Brazil itu menyaksikan Man. United memperoleh yuran perpindahan bernilai £5 juta (RM29.3 juta) dari Al-Nassr.

Telles mula menyertai United daripada Porto pada 2020 dengan nilai £13 juta (RM76.2 juta) bagi memberikan persaingan sihat kepada Luke Shaw, namun gagal melunaskan harapan diberikan pengurus ketika itu, Ole Gunnar Solskjaer.

Keputusan Telles untuk turut serta beberapa bintang dunia lain ke Arab Saudi terpaksa dibuat selepas Sevilla enggan mengikatnya secara tetap sambil United sedang berusaha untuk mengurangkan komitmen.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini