WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BEKAS PENGENDALI HARIMAU MALAYA MENINGGAL DUNIA

Mendiang juga merupakan individu disegani dalam industri bola sepak Malaysia dan pernah mengetuai beberapa pasukan tempatan


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR – Arena bola sepak negara diselubungi berita sedih apabila bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, B. Sathianathan menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

Selain pernah melatih pasukan negara, mendiang juga merupakan individu disegani dalam industri bola sepak Malaysia dan pernah mengetuai beberapa pasukan tempatan seperti Kelantan, Selangor, Sarawak United dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini