WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ENRIQUE SAH DILANTIK PENGURUS BAHARU PSG

Enrique memegang jersi bersama Nasser Al-Khelaifi selepas diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu PSG semalam - Sumber Foto Kosmo Online


Back To Sports Updates

PARIS – Pasukan Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan kehadiran pengendali import dari Sepanyol, Luis Enrique selaku ketua jurulatih baharu selepas menandatangani kontrak rasmi selama dua tahun sehingga peng­hujung musim 2025.

Kehadiran Enrique bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali tempatan, Christophe Galtier yang dipecat selepas gagal membantu pasukan mencapai prestasi yang diharapkan pada kempen tahun lalu.

Sebagai rekod, Galtier ha­nya mampu membantu PSG mengekalkan kejuaraan Ligue 1 tetapi sasaran utama pihak pe­ngurusan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak kesampaian selepas ter­singkir seawal pusingan 16 terbaik.

Kini, Enrique diberikan pera­nan untuk memastikan pe­nantian PSG untuk menjulang trofi UCL pertama dalam sejarah mereka menjadi realiti selepas memiliki pengalaman ketika bersama Barcelona sebelum ini.

Enrique mengakui tanggungjawab tersebut agak berat tetapi memberi jaminan bahawa pasukan dapat mempamerkan corak per­mainan lebih progresif pada saingan musim depan de­ngan memburu trofi yang ditawarkan.

“Saya sangat gembira apabila ditawarkan kontrak kerja bersama PSG dan sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik buat penyokong kami.

“Pengalaman untuk bekerja di bandaraya ini sukar untuk ditolak terutama kehadiran pemain-pemain berkua­liti,” katanya.

Enrique sememangnya dianggap pakar taktikal terutama dalam penguasaan bola ketika membimbing Barcelona dan skuad kebangsaaan Sepanyol sebelum ini.

Namanya juga telah disenarai pendek untuk menjadi pengurus pasukan Chelsea dan Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini