WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

MOUNT SARUNG JERSI NOMBOR TUJUH MAN UNITED

Mason Mount diberikan jersi bernombor tujuh yang pernah disarung legenda-legenda Man United - Foto Berita Harian


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Manchester United memberikan Mason Mount jersi bernombor tujuh selepas pemain tengah England itu melengkapkan perpindahan bernilai 60 juta pound (RM306.78 juta) ke Old Trafford.

Selepas mengumumkan Mount sebagai pembelian pertama mereka pada musim panas ini, United menggandakan usaha untuk mendapatkan penjaga gol Cameroon, Andre Onana dari Inter Milan.

Mount ditawarkan jersi keramat United yang pernah disarung George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo ketika berunding dengan pengendalinya, Erik ten Hag.

Mount menandatangani kontrak 250,000 pound (RM1.27 juta) seminggu di Old Trafford sehingga tahun 2028 dengan pilihan lanjutan setahun selepas United bersetuju dengan harga diletakkan Chelsea.

Ketika di Chelsea, Mount yang menyarung jersi nombor 19, dinobatkan Pemain Terbaik untuk musim 2020-21 dan 2021-22, serta membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2021.

Bagaimanapun tidak semua pemilik jersi nombor tujuh United sebelum ini memenuhi jangkaan terhadap mereka.

Angel Di Maria, Memphis Depay, Michael Owen dan Antonio Valencia antara 10 nama yang pernah menyarung jersi ikonik itu tetapi gagal menyerlah di Old Trafford.

"Bukan mudah untuk meninggalkan kelab yang membesarkan anda, tetapi Manchester United akan memberikan cabaran baharu untuk fasa seterusnya dalam karier saya.

"Semua orang dapat lihat kelab ini semakin berkembang di bawah Erik ten Hag. Selepas bertemu dengan pengendali dan berbincang berkenaan perancangannya, saya tidak sabar untuk memulakan musim baharu," kata Mount.

Mount mula menyertai akademi Chelsea sejak berusia enam tahun. Sepanjang 18 tahun di kelab itu, dia pernah dipinjamkan ke Derby pada musim 2018-19 dan Vitesse Arnheim (2017-18).

Antara kejayaannya bersama The Blues ialah memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini