WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BEKAS PEMAIN CHELSEA BELI KELAB BOLA SEPAK SENDIRI

N'Golo Kante Membeli Pasukan Divisyen Ketiga Belgium - Sumber Foto REUTERS


Back To Sports Updates

N’GOLO Kante menggunakan kekayaannya di Arab Saudi dengan baik selepas membeli pasukan bola sepak sendiri. 

Menurut sumber, bekas bintang Chelsea dan Leicester City itu telah membeli pasukan divisyen ketiga Belgium, Royal Excelsior Virton yang akan bermain di Divisyen 1 Kebangsaan pada musim 2023-24. 

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas Kante,32, mengesahkan dia akan menyertai kelab Liga Pro Arab Saudi Al-Ittihad dari Blues, satu perpindahan yang akan menjadi rasmi pada 1 Julai.

Kante juga dilaporkan bersedia untuk memperoleh £86.2 juta (RM 508 juta) dalam tempoh tiga tahun di Aab Saudi, menjadikannya salah satu pemain dengan bayaran tertinggi di dunia. 

Pemain antarabangsa Perancis itu sudah mula membelanjakan kekayaan itu, mencontohi pemain profesional semasa Jamie Vardy dan Wildfried Zaha yang juga telah melabur dalam pasukan bola sepak mereka sendiri. 

“Flavio yang merupakan pengerusi terdahulu sangat gembira kerana dapat menyerahkan kunci kelab kepada N’Golo Kante, pemain kelas tinggi, bukan sahaja untuk kualiti bola sepaknya tetapi juga untuk manusia yang diiktiraf sebulat suara dari segi kualiti,” kata Royal Excelsior. 


Sumber: The Star

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini