WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

ZIYECH SERTAI KELAB RONALDO

Ziyech Sertai Al Nassr - Sumber Foto AFP


Back To Sports Updates

Hakim Ziyech dilaporkan bersedia untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr tertakluk kepada ujian perubatan di kelab itu.

Ziyech antara beberapa pemain Chelsea yang mahu meninggalkan kelab pada jendela perpindahan kali ini ketika bos baharu Mauricio Pochettino bercadang untuk merombak skuadnya secara besar-besaran pada musim panas ini sekaligus mengimbangi peraturan fair play kewangan.

Rundingan antara The Blues dengan kelab Timur Tengah itu berjaya dan pemain itu bersetuju dengan terma peribadi menjelang perpindahannya, menurut pakar perpindahan Fabrizio Romano.

Bintang Maghribi itu dikatakan akan menandatangani kontrak tiga tahun yang akan menyaksikannya kekal bersama kelab Liga Pro Saudi itu hingga 2026.

Ziyech bintang terbaru Liga Perdana Inggeris menyertai Al-Nassr selepas Cristiano Ronaldo muncul bintang pertama dalam liga utama Saudi sesudah mengikat kontrak pada Disember lalu susulan kontraknya di Manchester United ditamatkan.

Ziyech pemain ketiga Chelsea tiba di Arab Saudi pada musim panas ini selepas N'Golo Kante dan Kalidou Koulibaly turut meninggalkan Stamford Bridge untuk beraksi dengan kelab di negara beraja itu.

Bekas bintang Ajax, Ziyech mengharungi karier mengecewakan di Chelsea sejak berpindah ke London dengan bayaran £37 juta (RM219 juta) tiga tahun lalu.

Sumber: Berita Harian 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini