• LISTEN NOW ON AIR

    12/09/22 - 12/09/22

WHAT'S NEXT

12/09/22 - 12/09/22

EPL: SEMBILAN GOL LIVERPOOL TUTUP MULUT PENGKRITIK

LIVERPOOL kembali menunjukkan prestasi sebenar mereka selepas membelasah Bournemouth 9-0 pada aksi kelmarin. – AFP


Back To Sports Updates

LIVERPOOL – Liverpool menu­tup segala kritikan terhadap mereka menerusi satu persembahan ‘sempurna’ apabila berpesta gol membelasah Bournemouth 9-0 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Anfield kelmarin.

The Reds sebelum ini dikecam hebat kerana gagal mencatat sebarang kemenangan dalam tiga aksi terakhir termasuk tewas kepada seteru tradisi, Manchester United pada minggu lalu.

Kemenangan besar itu me­nyaksikan Liverpool menyamai rekod jaringan terbesar di tempat sendiri dalam sejarah EPL, menyertai United, Leicester City dan Tottenham Hotspur yang meledak sembilan gol dalam satu perlawanan.

Ia juga mengulangi penca­paian pernah dilakukan Liverpool ketika kali pertama meledak sembilan gol sewaktu meratah Crystal Palace 9-0 pada Disember 1989.

“Segala-galanya sempurna dalam perlawanan ini. Kami berjaya mengawal perlawanan dan memberikan tekanan hebat kepada pasukan lawan.

“Gol-gol yang cantik dija­ringkan hari ini (kelmarin). Kami sendiri tidak menjangka dapat menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 5-0.

“Peluang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain-pemain muda seperti Fabio (Carvalho). Dia seorang pemain istimewa dan menjaringkan gol yang menarik,” kata Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Sembilan gol Liverpool diperoleh menerusi dua jaringan Ro­berto Firmino dan Luis Diaz selain masing-masing satu daripada Harvey Elliot, Trent Alexander-Arnold, Virgil Van Dijk, Carvalho dan gol sendiri Chris Mepham.

Liverpool yang melonjak ke tangga kelapan, selepas ini dija­dualkan bertemu Newcastle United awal pagi Khamis ini sebelum menghadapi aksi derbi menentang Everton.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini