WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

DEMI MANCHESTER UNITED CHICHARITO SANGGUP MAIN SECARA PERCUMA

Javier Hernandez dan Alex Ferguson (kiri) menikmati musim yang cemerlang sepanjang lima tahun menyarung jersi Manchester United


Back To Sports Updates

MANCHESTER: “Demi Manches­ter United, saya sanggup bermain untuk mereka biarpun secara percuma.”

Itu pengakuan bekas bintang penyerang Red Devils, Javier Hernandez yang menawar diri untuk membantu pasukan itu yang kini bergelut dengan prestasi.

Hernandez, 34, yang pernah merangkul dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris sepanjang lima tahun beraksi di Old Trafford tidak terkejut dengan kemerosotan dan kejatuhan United selepas ditinggalkan oleh pengurus legenda, Sir Alex Ferguson.

Ketika pengendali United, Erik ten Hag terdesak mencari penyerang baharu, penyerang Mexico yang lebih dikenali de­ngan panggilan Chicharito itu cemerlang membantu LA ­Galaxy menghuni tangga teratas Liga Bola Sepak Utama (MSL) Amerika Syarikat dan mengintai satu lagi kejuaraan.

Begitupun, Hernandez me­ngakui United tetap dekat di hatinya.

“Jika United datang (menawarkan diri), saya sanggup bermain secara percuma. Sudah tentu. Anda tahu, saya akan melakukannya.

“Sudah tentu saya amat menghormati kelab saya (LA Galaxy). Saya bermain dengan sangat konsisten dan bersedia memenangi kejuaraan bersama mereka.

“Begitupun pada masa hadapan, kita tidak tahu apa akan berlaku. Ketika ini, dalam fikiran saya 100 peratus LA,” katanya.

Kedudukan Hernandez di Old Trafford mula goyah selepas Ferguson meninggalkan kelab pada 2013. Dia kemudian dipinjamkan kepada Real Madrid setahun kemudian selepas David Moyes diganti sebagai pengurus oleh Louis van Gaal.

“United perlu mengatasi hakikat bahawa Ferguson telah pergi. Adakah kita memerlukan orang sehebatnya? Ya, tetapi Ferguson telah pergi dan ia tidak akan sama.

“Ia tidak memeranjatkan saya apa yang berlaku di United kerana dalam hidup tidak mudah mempunyai pengurus selama 26 tahun seperti yang dilakukan Sir Alex,” katanya yang menyarung jersi United dari ­tahun 2010 hingga 2015.

Sumber: Utusan Malaysia

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini