• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

NUR DHABITAH LEGA SUMBANG EMAS SULUNG

Nur Dhabitah menerima pingat emas yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Pusat Akuatik My Dinh


Back To Sports Updates

SELEPAS tidak menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa sejak temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai tahun lalu, pe nerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mengakui agak gementar sebelum beraksi pada Sukan SEA Vietnam 2021.

Bagaimanapun, perasaan itu tidak ada lagi selepas dia menyumbang pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan tersebut selepas memenangi acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita kelmarin.

Dhabitah menampilkan aksi yang cukup baik dalam kelima-lima terjunan pada aksi final di Pusat Akuatik My Dinh itu, sekali gus mengumpul 290.45 mata ke­seluruhan untuk merangkul pingat emas.

Atlet berusia 23 tahun itu mengakui dia sangat lega dan gembira untuk menjadi pemenang pingat emas pertama pada temasya tersebut, lebih-lebih lagi sudah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini, setiap kejohanan berbeza-beza. Bagaima­napun, saya anggap setiap kejohanan adalah penting, jadi agak gementar juga sebelum acara berlangsung.

“Selepas Sukan Olimpik, saya tidak menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa disebabkan pandemik Covid-19. Selepas memenangi pingat emas, saya akui sangat lega kerana pada mulanya agak gementar,” kata­nya.

Dhabitah yang kini sudah memenangi lima pingat emas sepanjang menyertai Sukan SEA berharap kemenangannya itu memberi suntikan semangat buat rakan sepasukan yang lain untuk menambah koleksi emas kontinjen negara.

“Saya harap kemenangan ini mampu beri semangat kepada atlet lain untuk dapatkan pingat emas buat Malaysia kerana ia bukanlah perkara mudah. Sekarang saya sudah ada lima pingat emas Sukan SEA, insya-Allah akan ada lagi selepas ini,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online!
Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
 
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini