WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

'PEMINAT' LIVERPOOL PUJI RASHFORD

Marcus Rashford berkata dia semakin bersemangat untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak dan meminta permusuhan bola sepak diketepikan


Back To Sports Updates

London: Marcus Rashford berkata dia semakin bersemangat untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan kanak-kanak dan meminta permusuhan bola sepak diketepikan selepas mendapat sokongan daripada Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Penyerang Manchester United dan England berusia 22 tahun itu mewujudkan Jawatankuasa Khas bersama pasar raya dan barangan makanan terbesar di United Kingdom (UK) untuk mengatasi masalah berkenaan selepas memaksa kerajaan membuat pusingan U bagi menyambung pemberian baucar makanan sekolah percuma ketika perintah berkurung Covid-19.

Kempen Rashford mendapat pujian meluas termasuk daripada Khan.

Datuk Bandar London itu berseloroh bahawa sebagai penyokong Liverpool bukan mudah buatnya untuk memuji bintang Man United namun beliau tabik dengan apa yang dilakukan oleh Rashford.

"Ketika kanak-kanak, saya mendapat bantuan makanan sekolah percuma. Kehidupan keluarga saya akan menjadi lebih susah jika kami tidak mendapat bantuan seperti itu dan saya tahu bagaimana ia sangat penting.

"Kempen yang dilakukannya dengan usaha tanpa kenal penat lelah membuatkan kami menjalin kerjasama di London, sekali gus memberi makna yang sangat besar buat ribuan kanak-kanak," katanya.

Rashford berterima kasih kepada Khan di atas pujian berkenaan dan meminta semua peminat melupakan persengketaan apabila ia berkait dengan isu sosial.

Sumber: Harian Metro