WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

PENGENDALI BARCELONA TERUJA NAK LATIH NEYMAR

Jurulatih Barcelona, Quique Setien berkata bahawa dia gembira untuk melatih Neymar


Back To Sports Updates

MADRID: Jurulatih Barcelona, Quique Setien berkata bahawa dia gembira untuk melatih Neymar sekiranya pemain Brazil berkenaan kembali ke kelab itu dari Paris Saint-Germain (PSG).

Barca cuba menandatangani semula Neymar tahun lalu, namun tidak mendapat persetujuan dalam perjanjian dengan juara Perancis, PSG kelab yang disertainya dengan bayaran rekod dunia bernilai 222 juta euro (kira-kira RM1 bilion) pada 2017.

Perjanjian mungkin lebih sukar untuk dicapai pada musim panas ini memandangkan kesan kewangan dari pandemik COVID-19, walaupun Barcelona dilaporkan turut menawarkan pemain sebagai pertukaran.

"Saya akan gembira dapat melatihnya," kata Setien kepada beIN Sport pada Jumaat. Kami bercakap mengenai tahapnya yang luar biasa.

"Saya beruntung kerana sudah memenuhi salah satu impian untuk melatih (Lionel) Messi, tetapi saya akan senang hati jika Neymar datang."

Neymar sebelum ini berjaya membentuk trio serangan yang berjaya bersama Luis Suarez dan Messi di Barcelona, namun ketika ini masa depan Suarez pula belum dapat dipastikan.

Sumber: Berita Harian