WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

HADIAH MERCEDES DARI RONALDO BUAT IBU

Cristiano Ronaldo hadiah kereta Mercedes buat Maria Dolores sempena Hari Ibu


Back To Sports Updates

ROME: Cristiano Ronaldo menghadirkan kejutan buat ibunya sempena Hari Ibu yang disambut di Portugal, semalam.

Bintang Juventus itu menghadiahkan ibunya sebuah kereta Mercedes baharu sempena sambutan berkenaan yang diraikan pada Ahad pertama Mei setiap tahun berbeza dengan United Kingdom pada Mac.

Ronaldo begitu rapat dengan ibunya, Maria Dolores, 65, yang turut memainkan peranan besar dalam karier bola sepak pemenang lima kali Ballon d'Or itu.

Ibu kepada empat anak itu berkongsi kegembiraan menerima hadiah terbaharu pemberian anak lelakinya itu dengan memuat naik gambar bersama kenderaan itu di media sosialnya.

"Terima kasih buat anakku di atas hadiah yang saya terima hari ini. Hari gembira buat semua ibu," kata Maria menerusi Instagram kepada 2.2 juta pengikutnya.

Sementara itu, Ronaldo menjadikan media sosial sebagai platform untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunya dan Georgina Rodriguez, ibu kepada dua anak lelakinya.

"Selamat Hari Ibu kepada dua wanita istimewa saya," katanya bersama gambar Maria dan Georgina.

Sumber: Berita Harian