• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Yamal, Oyarzabal Kembali Perkuat Sepanyol Menjelang Pertembungan England
13 November 2026 | 10:39 AM

Yamal, Oyarzabal Kembali Perkuat Sepanyol Menjelang Pertembungan England

BARCELONA - Sepanyol menerima khabar positif menjelang pertembungan menentang England dalam aksi Liga Negara-Negara, awal pagi Isnin ini apabila dua tonggak serangan, Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal dijangka kembali menyertai skuad kebangsaan.

Kedua-dua pemain itu tidak diturunkan ketika Sepanyol mencatat kemenangan 2-0 ke atas Republik Czech, awal pagi tadi, namun pengendali pasukan, Luis de la Fuente mengesahkan mereka bakal kembali menyertai sesi latihan dalam masa terdekat.

Yamal sebelum ini berada di Barcelona untuk menjalani proses pemulihan kecederaan lutut, manakala Oyarzabal pulang ke San Sebastian bagi menemani isterinya menyambut kelahiran anak kedua mereka.

De la Fuente mengesahkan keadaan Yamal semakin baik dan pemain muda Barcelona itu tidak sabar untuk kembali bersama rakan sepasukan.

"Lamine kini berasa sangat baik dan benar-benar tidak sabar untuk menyertai skuad esok," katanya.

Beliau turut mengesahkan Oyarzabal akan kembali menyertai pasukan selepas menyelesaikan urusan keluarganya.

"Mikel juga akan bersama kami. Seorang akan tiba pada tengah hari dan seorang lagi sedikit lewat, tetapi kedua-duanya akan bersama pasukan esok," katanya.

Sepanyol kini memiliki kelebihan tiga mata berbanding England dan hanya memerlukan keputusan seri atau kemenangan dalam pertembungan itu untuk mengekalkan kedudukan teratas kumpulan.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan sudah mengesahkan kelayakan ke suku akhir kejohanan berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok