• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Antonelli Dijangka Sertai Ferrari, Namun Mungkin 10 Tahun Lagi – Steiner
13 November 2026 | 10:53 AM

Antonelli Dijangka Sertai Ferrari, Namun Mungkin 10 Tahun Lagi – Steiner

ROM - Bekas ketua pasukan Haas dalam Formula Satu (F1), Guenther Steiner meramalkan juara dunia baharu, Andrea Kimi Antonelli, berpotensi menyertai Ferrari suatu hari nanti, namun perpindahan itu mungkin hanya berlaku dalam tempoh sedekad akan datang.

Antonelli, 20, yang kini mewakili Mercedes, mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara dunia F1 termuda pada 1 November lalu menerusi Grand Prix (GP) Mexico.

Kejayaan itu turut menamatkan penantian panjang Itali untuk memiliki seorang lagi juara dunia selepas kali terakhir pencapaian berkenaan diraih Alberto Ascari pada 1953.

Spekulasi mengenai kemungkinan Antonelli menyarung jentera Ferrari pada masa depan semakin hangat diperkatakan, terutama ketika pelumba muda itu menghampiri kejayaan merangkul gelaran dunia.

Steiner yang kini mengetuai pasukan Tech3 dalam saingan MotoGP percaya Antonelli akhirnya akan menyertai pasukan dari Itali itu, memandangkan statusnya sebagai pelumba berbakat besar dari negara berkenaan.

Menurutnya, antara perkara yang masih dianggap belum lengkap buat peminat Itali ialah ketiadaan seorang juara dunia dari negara itu yang memandu untuk Ferrari.

"Ada yang bertanya mengapa dia tidak memandu untuk kami. Itulah satu-satunya perkara yang kurang sempurna buat Itali, apabila seorang juara dari negara itu tidak memandu untuk Ferrari.

"Dia masih terlalu muda dan pada pandangan saya, suatu hari nanti dia akan memandu untuk Ferrari.

"Adakah ia akan berlaku dalam masa terdekat? Tidak. Mungkin 10 tahun lagi. Namun, pada satu peringkat nanti, sebagai pelumba Itali yang memiliki bakat sepertinya, dia pasti akan sampai ke sana (memandu untuk Ferrari).

"Saya melihatnya dari sudut berbeza. Ferrari yang akan mendapatkannya. Dia boleh menyertai mereka esok jika dia mahu," katanya dalam temu bual bersama RacingNews365.

Antonelli turut mencipta satu lagi pencapaian istimewa apabila menjadi pelumba Itali pertama yang menjuarai dunia F1 ketika beraksi bersama pasukan bukan dari Itali.

Sebelum ini, Ascari meraih gelaran dunia bersama Ferrari, manakala Giuseppe Farina melakukannya ketika bersama Alfa Romeo.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok