• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Dari Bayi ke Final Piala Dunia: Kisah Foto Ikonik Messi dan Lamine Yamal Kembali Tular
16 July 2026 | 11:30 AM

Dari Bayi ke Final Piala Dunia: Kisah Foto Ikonik Messi dan Lamine Yamal Kembali Tular

ATLANTA - Menjelang perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Sepanyol, foto ikonik yang memaparkan Lionel Messi memandikan bayi yang kini muncul sebagai bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, kembali mencuri perhatian peminat bola sepak di seluruh dunia.

Gambar yang sebelum ini disangka sebagai hasil suntingan atau janaan kecerdasan buatan (AI) itu sebenarnya adalah foto tulen yang dirakam hampir dua dekad lalu dan mempunyai kisah yang cukup istimewa.

Jurufoto terkenal, Joan Monfort, mendedahkan sesi fotografi tersebut berlangsung pada Disember 2007 sempena projek kalendar amal anjuran UNICEF dengan kerjasama Yayasan FC Barcelona.

Menurutnya, keluarga Lamine Yamal dipilih menerusi cabutan bertuah untuk menyertai kempen kebajikan itu. Ketika itu, Yamal yang masih bayi dipadankan secara kebetulan dengan Messi, yang baru berusia 20 tahun dan sedang mencipta nama bersama Barcelona.

Yamal mengakui beliau sendiri tidak mengetahui kewujudan foto berkenaan sehingga bapanya menunjukkan gambar itu selepas ia tular di media sosial.

"Saya rasa tiada siapa yang akan berasa terganggu apabila dibandingkan dengan pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Namun, perbandingan seperti itu juga boleh menjadi satu beban kerana anda tidak akan pernah menjadi seperti beliau," kata Yamal.

Walaupun Messi tidak pernah mengulas panjang mengenai sesi fotografi tersebut, kapten Argentina itu beberapa kali menyifatkan Yamal sebagai antara pemain muda paling berbakat di dunia.

Kini, hampir 19 tahun selepas detik yang tidak disengajakan itu dirakam, takdir sekali lagi menemukan Messi dan Yamal. Bezanya, kali ini mereka bukan lagi berkongsi lensa kamera, sebaliknya bakal bertembung sebagai dua bintang utama dalam perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 dengan impian menjulang trofi paling berprestij bola sepak dunia.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok