• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pendaki Gunung Semeru Kini Wajib Pakai Gelang Penjejak RFID Demi Keselamatan
08 July 2025 | 12:12 PM

Pendaki Gunung Semeru Kini Wajib Pakai Gelang Penjejak RFID Demi Keselamatan

JAKARTA, 8 Julai 2025 – Pendaki yang memasuki kawasan Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Indonesia kini diwajibkan memakai gelang tangan berteknologi tinggi bagi tujuan keselamatan.

Langkah keselamatan ini melibatkan penggunaan peranti Pengecaman Frekuensi Radio (RFID), yang membolehkan pihak taman mengesan lokasi pendaki secara langsung melalui cip mini dan antena yang menghantar isyarat ke menara penerima yang dipasang di sepanjang laluan pendakian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam taman tersebut, Endrip Wahyutama, sistem penjejak ini mula diperkenalkan sejak Jun lalu, terutamanya bagi kawasan sekitar Gunung Semeru, antara gunung berapi aktif di Indonesia yang terletak di Wilayah Jawa Timur.

“Melalui sistem ini, kami boleh memantau pergerakan pendaki secara lebih efektif. Ia amat penting kerana pendakian di Semeru masih melibatkan risiko tinggi seperti sesat, terjatuh, atau hilang,” kata Wahyutama pada Isnin.

Inisiatif ini juga dilihat sebagai reaksi segera terhadap insiden tragik baru-baru ini yang melibatkan pendaki warga Brazil, Juliana Marins, yang maut selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 600 meter ketika mendaki Gunung Rinjani di Wilayah Nusa Tenggara Barat pada 21 Jun lalu.

Indonesia yang terletak di Lingkaran Api Pasifik memiliki 127 gunung berapi aktif, menjadikan langkah keselamatan seperti ini semakin penting dalam aktiviti pendakian.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok