• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pertelingkahan Keluarga: Brooklyn Beckham Akhirnya Bersuara Di Instagram
21 January 2026 | 10:57 AM

Pertelingkahan Keluarga: Brooklyn Beckham Akhirnya Bersuara Di Instagram

LONDON, 20 Jan (Bernama-PA Media/dpa) - Brooklyn Peltz Beckham, anak kepada David Beckham dan Victoria Beckham, menegaskan dia tidak mahu "berdamai" dengan keluarganya, lapor PA Media/dpa.

Brooklyn, 26, buat kali pertama bersuara dan mengakui pertelingkahan antaranya dan keluarga dalam perkongsian di Instagram.

Dalam kenyataan menerusi Instagramnya lewat Isnin, dia mendakwa ibu bapanya telah mengawal naratif dalam akhbar mengenai keluarga mereka dan cuba "merosakkan" hubungannya dengan isteri Nicola.

Dia berkata: “Saya telah berdiam diri selama bertahun-tahun dan berusaha sedaya upaya untuk merahsiakan perkara ini.

“Malangnya, ibu bapa saya dan pasukan mereka terus pergi ke akhbar, menyebabkan saya tiada pilihan selain bercakap untuk diri sendiri dan memberitahu perkara sebenar tentang beberapa pembohongan yang diterbitkan.

"Saya tidak mahu berdamai dengan keluarga saya. Saya tidak dikawal, saya membela diri buat kali pertama dalam hidup saya.

"Sepanjang hidup saya, ibu bapa saya telah mengawal naratif dalam akhbar tentang keluarga kami. Catatan media sosial yang menarik perhatian, acara keluarga dan hubungan yang bersifat kepura-puraan menjadi sebahagian dari kehidupan saya.

“Baru-baru ini, saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri sejauh mana mereka sanggup berbohong di media, kebanyakannya dengan mengorbankan orang yang tidak bersalah, untuk memelihara imej mereka. Tetapi saya percaya kebenaran sentiasa terbongkar."

Nicola, yang merupakan anak kepada ahli perniagaan bilionair Amerika Nelson Peltz dan bekas model Claudia Heffner Peltz, berkahwin dengan Brooklyn pada 2022.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok