• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Man Wei Chong–Tee Kai Wun Bakal Hadapi Cabaran Sengit di Suku Akhir Masters Indonesia
22 January 2026 | 06:39 PM

Man Wei Chong–Tee Kai Wun Bakal Hadapi Cabaran Sengit di Suku Akhir Masters Indonesia

Kuala Lumpur - Beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, dijangka menghadapi cabaran getir apabila berdepan wakil tuan rumah pada perlawanan suku akhir Masters Indonesia, esok, di Istora Senayan.

Pasangan yang kini menduduki tangga keenam dunia itu mengesahkan kemaraan ke peringkat lapan terbaik selepas menewaskan gandingan India, Hariharan Amsakarunan dan M R Arjun, dengan keputusan 21-17, 9-21, 21-16 pada pusingan kedua, dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

Perlawanan seterusnya dijangka lebih mencabar apabila mereka bakal berhadapan gandingan ketujuh dunia, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani, selain berdepan sorakan padu ribuan penyokong tuan rumah yang sinonim dengan suasana tekanan tinggi di Istora Senayan.

Rekod pertemuan sebelum ini juga memihak kepada pihak lawan, dengan pasangan negara tewas lima daripada enam pertemuan terdahulu, termasuk pertemuan terakhir pada Jelajah Dunia Akhir BWF bulan lalu.

Bagaimanapun, suasana di Istora bukan perkara asing bagi Man Wei Chong–Tee Kai Wun. Tahun lalu, mereka membuktikan ketahanan mental apabila mencipta sejarah menjuarai gelaran Super 500 pertama di venue sama dengan menewaskan beregu pilihan tuan rumah, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, pada perlawanan akhir.

Pengalaman itu dijangka menjadi suntikan semangat buat pasangan negara untuk menempuh tekanan hebat dan memburu tiket ke separuh akhir, sekali gus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan di Jakarta.

Masters Indonesia merupakan kejohanan ketiga musim ini bagi Man Wei Chong–Tee Kai Wun selepas mara ke peringkat suku akhir Terbuka Malaysia dan Terbuka India.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok