• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Perkahwinan Tidak Jejas Kerjaya Seni Sabronzo Dolla
07 November 2025 | 10:54 AM

Perkahwinan Tidak Jejas Kerjaya Seni Sabronzo Dolla

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) - Bagi ahli kumpulan DOLLA, Sabronzo, perkahwinan bukan alasan untuknya memperlahankan langkah dalam industri seni, sebaliknya menjadi sumber kekuatan dan semangat baharu dalam kariernya.

Pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli yang baru melangsungkan perkahwinannya di Bali, Indonesia pada September lalu, berkata fasa baharu itu malah memberi keseimbangan, terutama dari segi pengurusan masa dan tumpuan terhadap kerja.

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin setakat ini sangat menakjubkan. Saya sangat gembira kerana bertemu dengan insan yang luar biasa. Saya bersyukur,” katanya ketika sidang media selepas majlis pratonton muzik video (MV) terbaharu DOLLA, di sini.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata sokongan suaminya, Ryan Fieret yang juga anak seni berasal dari Belanda, banyak membantu dalam memberi perspektif berbeza terhadap perjalanan kariernya.

“Saya rasa hakikat yang dia pun dalam industri hiburan dan muzik banyak membantu, kerana apabila saya bercakap tentang sesuatu dia faham dan dia juga boleh beri nasihat kepada saya tentang perkara-perkara tertentu,” katanya.

Meskipun kini meniti fasa baharu dalam kehidupan peribadi, katanya fokus terhadap kerjaya dan kumpulan DOLLA tetap menjadi keutamaan terutama menjelang konsert kedua mereka yang dijadualkan berlangsung pada 6 Dis depan di Ideal Live, Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut Sabronzo berkata beliau juga banyak memberi bimbingan tentang agama kepada suaminya yang merupakan seorang mualaf, namun tidak memberi tekanan.

“Perjalanan ini tentunya sangat peribadi bagi setiap orang, jadi kami pun ingin ambil masa kami, perlahan-lahan. Saya sebenarnya tidak suka beri tekanan kepada sesiapapun.

“Kita harus belajar bahawa agama ini juga agama yang lembut, agama yang membawa kedamaian. Jadi, saya rasa sangat penting untuk kita mendekatinya. Pada akhirnya, saya percaya selagi kita mendekatinya dengan kasih sayang dan kelembutan, insya-Allah,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok