• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Apple, Google Setuju Laksana Perubahan jadikan App Stores Dan Platform Lebih Adil
11 February 2026 | 01:53 PM

Apple, Google Setuju Laksana Perubahan jadikan App Stores Dan Platform Lebih Adil

LONDON, 10 Feb (Bernama-PA Media/dpa) - Apple dan Google bersetuju untuk menjadikan platform dan app stores mereka lebih adil melalui satu pakej perubahan yang bertujuan menangani dominasi mereka dalam pasaran mudah alih, lapor PA Media/dpa.

Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran UK (CMA) sebelum ini memberi amaran yang gergasi teknologi itu mungkin dipaksa melakukan perubahan pada platform mereka dan memberikan status “pasaran strategik” kepada kedua-dua syarikat, satu penetapan khas bagi perniagaan terbesar dan paling berkuasa.

Status itu berfungsi sebagai garis panduan terhadap cara syarikat tertentu boleh beroperasi.

Kedua-dua syarikat bersetuju dengan beberapa komitmen, termasuk memastikan aplikasi yang diedarkan di kedai aplikasi mereka disemak secara adil, objektif dan telus tanpa mendiskriminasi aplikasi yang bersaing dengan aplikasi milik mereka sendiri.

Apple berkata fungsi semakan aplikasinya akan dilaksanakan oleh pasukan khusus yang beroperasi secara berasingan daripada pasukan aplikasi dan perkhidmatan milik syarikat itu.

Jurucakap Google berkata: “CMA hari ini mengumumkan hasratnya untuk menerima komitmen kami bagi menangani kebimbangan utama hasil penilaian terhadap platform mudah alih kami.

“Walaupun kami percaya amalan pembangun Google Play sedia ada adalah adil, objektif dan telus, kami mengalu-alukan peluang untuk menyelesaikan kebimbangan CMA secara kerjasama.

“Komitmen sukarela yang dicadangkan akan terus menyediakan ketelusan berkaitan dasar dan amalan semakan aplikasi, kedudukan dan penggunaan data bagi memastikan pembangun memahami pelbagai pilihan yang tersedia kepada mereka di Google Play.

“Kami akan terus berinteraksi secara konstruktif dengan CMA bagi pihak pembangun, pengeluar peranti dan pengguna Android di seluruh dunia.”

Jurucakap Apple pula berkata: “Apple berdepan persaingan sengit dalam setiap pasaran yang kami ceburi dan kami bekerja tanpa henti untuk menghasilkan produk, perkhidmatan dan pengalaman pengguna terbaik.

“Komitmen yang diumumkan hari ini membolehkan Apple terus memajukan inovasi penting dalam aspek privasi dan keselamatan untuk pengguna, serta menyediakan peluang besar kepada  pembangun.

“Kami menghargai dialog yang positif dan berterusan dengan pihak berkuasa UK.”

Sumber: BERNAMA-PA MEDIA/dpa

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok