• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Gol Mac Allister Bantu Liverpool Jinakkan Real Madrid di Anfield
06 November 2025 | 11:17 AM

Gol Mac Allister Bantu Liverpool Jinakkan Real Madrid di Anfield

LIVERPOOL, 6 Nov - Jaringan tunggal Alexis Mac Allister pada minit ke-61 sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Liverpool apabila menundukkan Real Madrid 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi semalam.

Kemenangan itu bukan sahaja mengembalikan keyakinan skuad The Reds selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan sebelum ini, malah menyuntik semangat baharu menjelang aksi-aksi penting seterusnya.


Pengurus Liverpool, Arne Slot, meluahkan rasa bangga terhadap barisan pemainnya yang bukan sahaja berjaya mengutip tiga mata penuh, tetapi juga menunjukkan persembahan cemerlang menentang gergasi La Liga itu.

“Satu kemenangan yang sangat penting, lebih-lebih lagi menentang pasukan hebat seperti Real. Mereka hanya tewas sekali sebelum ini, jadi pencapaian ini sangat bermakna,” katanya selepas perlawanan.

Slot menegaskan kemenangan itu membuktikan peningkatan prestasi skuad bimbingannya yang tampil lebih tersusun sepanjang 90 minit permainan.

“Pemain-pemain menunjukkan komitmen luar biasa. Ini adalah perkembangan positif buat kami,” tambahnya.

Selain Mac Allister, Slot turut memuji aksi bek kanan muda Conor Bradley, yang sekali lagi berjaya mengekang ancaman Vinicius Junior, seperti yang dilakukan ketika menentang Real musim lalu.

“Conor sangat hebat hari ini. Dia tidak memberi ruang langsung untuk Vinicius bergerak bebas. Ini satu lagi persembahan defensif yang menakjubkan daripadanya,” ujar Slot.

Dengan kemenangan ini, Liverpool kini semakin yakin untuk melangkah lebih jauh dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini dan menegaskan status mereka sebagai antara pencabar utama kejuaraan.

Sumber: Kosmo Online! 

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok